Monday, March 26, 2018

MAKANAN VIRAL

Assalamualaikum,hye:)

Di malaysia kini terkenal dengan perkataan viral. Viral? apa itu viral ?.viral adalah sesuatu perkara yang menjadi perbualan hangat di merata tempat di malaysia ini .Kuasa viral ini berlaku di laman sosial dimana apabila sesorang mengviralkan sesuatu perkara ia akan tersebar luas dengan pantas sekali.

Baru- baru ini sebagimana yang kita tahu di malaysia telah viral makanan yang direka khas tidak kira walau berapa pun faktor umur. mesti anda tertanya-tanya apakah makan viral yang ingin saya khabarkan disini. ya ianya ialah " milo kepal "  hahaha.. milo kepal ini asal usulnya adalah dari ais kepal biasa sahaja tetapi kini mereka cipta atau mengubah suai untuk menarik minat kanak- kanak kini yang gemar akan manisan.



   antara contoh gambar  milo kepal yang telah viral 

Milo kepal mula terkenal atau sebagai bahasa modennya "viral" bermula di kuala kangsar,perak Oleh yang demikian ramai yang mencuba dan berpuas hati terhadap cita rasa mereka dan tidak lama kemudian,maka perkembangan jualan milo kepal ini semakin maju dimana ramai orang mula mengikut menjualnya di merata tempat.

ini juga amat bermanfaat kepada semua kerana pelanggan tidak perlu bersusah payah ke kuala kangsar,perak hanya semata-mata untung membeli makanan ini.mereka boleh membeli di negeri mereka dan ditempat yang berdekatan. Sebagai menarik minat kanak-kanak, mereka mula menambah hiasan seperti cornflakes atau coklat chip dan sebagainya..

contoh hiasan yang diletak 
Disini dapat saya simpulkan dengan kuasa teknologi zaman sekarang,kita dapat memajukan sesuatu perkara, maka kita haruslah bijak dalam mengusahakan sesuatu yang diimpikan agar kita terus maju dan jaya


No comments:

Post a Comment