Monday, March 26, 2018

MAKANAN VIRAL

Assalamualaikum,hye:)

Di malaysia kini terkenal dengan perkataan viral. Viral? apa itu viral ?.viral adalah sesuatu perkara yang menjadi perbualan hangat di merata tempat di malaysia ini .Kuasa viral ini berlaku di laman sosial dimana apabila sesorang mengviralkan sesuatu perkara ia akan tersebar luas dengan pantas sekali.

Baru- baru ini sebagimana yang kita tahu di malaysia telah viral makanan yang direka khas tidak kira walau berapa pun faktor umur. mesti anda tertanya-tanya apakah makan viral yang ingin saya khabarkan disini. ya ianya ialah " milo kepal "  hahaha.. milo kepal ini asal usulnya adalah dari ais kepal biasa sahaja tetapi kini mereka cipta atau mengubah suai untuk menarik minat kanak- kanak kini yang gemar akan manisan.



   antara contoh gambar  milo kepal yang telah viral 

Milo kepal mula terkenal atau sebagai bahasa modennya "viral" bermula di kuala kangsar,perak Oleh yang demikian ramai yang mencuba dan berpuas hati terhadap cita rasa mereka dan tidak lama kemudian,maka perkembangan jualan milo kepal ini semakin maju dimana ramai orang mula mengikut menjualnya di merata tempat.

ini juga amat bermanfaat kepada semua kerana pelanggan tidak perlu bersusah payah ke kuala kangsar,perak hanya semata-mata untung membeli makanan ini.mereka boleh membeli di negeri mereka dan ditempat yang berdekatan. Sebagai menarik minat kanak-kanak, mereka mula menambah hiasan seperti cornflakes atau coklat chip dan sebagainya..

contoh hiasan yang diletak 
Disini dapat saya simpulkan dengan kuasa teknologi zaman sekarang,kita dapat memajukan sesuatu perkara, maka kita haruslah bijak dalam mengusahakan sesuatu yang diimpikan agar kita terus maju dan jaya


PEMANDANGAN KMPP



Monday, March 12, 2018

Assalamualaikum,hye;)

Today, saya nak share tentang panaroma. Definisi panaroma ialah dapat saya simpulkan dimana sebagai pemandangan yang luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu mata seseorang untuk melihat pemandangan yang indah di sekeliling kita.

Indah nian pemandangan di desa
Indah lagi pemandangan dimataku
Disini terdapat beberapa cerita
Panaroma di kmpp memikat hatiku




Pemandangan yang indah dapat menenangkan fikiran kita yang seharian berkerja keras berfikir tentang sesuatu perkara. Panaroma yang indah adalah panaroma yang dihiasi daun daun kehijauan alam semula jadi. Disini dapat saya kongsikan dimana apabila sesorang yang mempunyai masalah rabun mereka boleh mengatasinya dengan cara melihat pemandangan kehijauan ini tiap kali mereka ingin melakukan aktiviti harian mereka.


Kajian mendapati bahawa apabila kita sering melihat keindahan semula jadi yang kehijauan maka kita akan lekas sembuh dari penyakit rabun.

Bukan semua orang berpeluang melihat pemandangan yang sebegini rupa.jika kita melihatnya maka bolehlah kita mengambil gambar sebagai kenang kenangan atau sebagainya.kita perlu bersyukur kerana diberi kesempatan melihat pemandangan sebegini.

"Nikmatilah pemandangan disekelilingmu sebelum matamu yang tertutup dahulu"

Monday, February 26, 2018



Assalamualaikum,Hye:)

KHASIAT MENGAMALKAN BUAH BUAHAN
Buah-buahan merupakan antara  pemakanan yang menyihatkan tubuh badan kita.Di Malaysia seperti yang kita tahu dimana negara kita kaya dengan buah buahan tempatan. terdapat pelbagai kebaikan apabila kita mengamlkan pngambilan pemakanan buah buahan setiap hari sebagai pemakanan harian kita. buah buahan adalah sebagai makanan sampingan untuk mengimbangkan pemakanan kita. Buah buahan mempunyai kebaikan sumber vitamin .

Thursday, April 17, 2014